SUNGAI GOLOK (THAILAND): Cubaan seorang lelaki meloloskan diri ke Malaysia selepas dipercayai membunuh isterinya di Pattani, gagal apabila dia diberkas polis dalam satu operasi khas di bandar sempadan ini, semalam. Suspek berusia 30 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah malam ketika berada di sebuah astaka di hadapan sebuah hotel terkenal di Jalan Charoen Khet, di sini selepas dipercayai bersembunyi bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa. Jurucakap polis berkata, lelaki…










