PETALING JAYA: Bursa Malaysia dibuka lebih rendah, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang lebih lemah apabila sentimen terjejas oleh lonjakan harga minyak mentah, dengan minyak mentah Brent berlegar di atas AS$105 setong.
Pada pukul 11.12 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 44.13 mata, atau 2.57 peratus, kepada 1,673.93 daripada penutup Jumaat lalu iaitu 1,718.06.
Indeks penanda aras dibuka 18.93 mata lebih rendah pada 1,699.13.
Keluasan pasaran adalah negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 603 berbanding 164. Sebanyak 218 kaunter tidak berubah, 1,647 tidak diniagakan dan 33 digantung.
Jumlah dagangan berada pada 651.16 juta saham bernilai RM485.84 juta.
Jumlah dagangan sebanyak 198.49 bilion unit bernilai RM136.83 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 347 berbanding 105 dengan 194 kaunter tidak berubah dan 1,984 tidak diniagakan.
Dalam pada itu, Nikkei Jepun turun 3,599.25 mata atau 6.47 peratus kepada 52,021.59 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, STI Singapura turun 2.08 peratus kepada 4,747.58 dan indeks KOSPI Korea Selatan turun 409.82 mata atau 7.34 peratus kepada 5,175.05.-UTUSAN










