PUTRAJAYA: Kerajaan menyelaraskan had kelayakan subsidi petrol RON95 di bawah program BUDI95 sebanyak 200 liter sebulan bermula 1 April ini, namun masih mengekalkan harga subsidi RM1.99 seliter.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyelarasan had kelayakan ini tidak menjejaskan 90 peratus rakyat mengambil kita penggunaan kurang 200 liter sebulan.
“Malaysia mengambil keputusan untuk mengekalkan harga minyak BUDI95 pada kadar RM1.99. Alhamdulillah dan kita tahu juga bahawa ini telah memberikan banyak manfaat kepada rakyat dan kita juga terpaksa mengambil beberapa
langkah tambahan.
“Kita dapati purata penggunaan BUDI95 adalah sekitar 100 liter maknanya majoriti rakyat guna hanya 100
liter sebulan dan hampir 90 peratus rakyat menggunakan kurang dari 200 liter sebulan maka langkah ini tidak terjejas.
“Oleh itu kerajaan akan membuat penyelerasan kelayakan BUDI95 daripada 300 liter sebulan kepada 200 liter sebulan bermula 1 April 2026. Langkah ini tentunya sementara menunggu keadaan minyak, bekalan minyak dan ekonomi dunia pulih tetapi belum ada tanda tanda ke arah itu.
Pada masa sama, Anwar menegaskan, had kelayakan siling bagi e-hailing dan pekerja gig dikekalkan sehingga 800 liter mengambil kira tanggungjawab pekerjaan mereka dan urusan yang mereka harus lakukan. – UTUSAN











