MELAKA: Seorang bekas tentera didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menceroboh masuk Mes Pegawai Kanan, Kem Terendak, Sungai Udang, Sabtu lalu. Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin menjatuhkan hukuman itu terhadap Alif Duie, 39, selepas meneliti fakta kes serta mempertimbangkan rayuan tertuduh dan hujah pendakwaan, sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati telah melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki kawasan Mes Perwira 94 HAT…








