Bekas Hakim Besar Malaya meninggal dunia

Bekas Hakim Besar Malaya meninggal dunia

SITI Norma Yaakob
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Siti Norma Yaakob meninggal dunia pada usia 86 tahun di KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital pada pukul 1.51 petang tadi.

Perkara itu disahkan oleh anaknya, Meor Amri Meor Ayob, 56, kepada Utusan Malaysia.

Menurut Meor Amri, Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.51 petang akibat penyakit pneumonia.

“Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan menempatkan beliau di tahap tertinggi syurga. Maklumat mengenai pengkebumian akan dikemaskini kemudian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN