BAGAN DATUK: Bekalan kelapa bagi memenuhi keperluan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri di daerah ini mencukupi walaupun negara kini berdepan cuaca panas. Malah, harga kelapa juga kekal stabil antara RM1.80 hingga RM2.50 sebiji bergantung kepada saiz dan kualiti. Seorang peraih kelapa, Norman Marzuki, 41, berkata, keadaan cuaca panas ketika ini tidak menjejaskan pengeluaran buah kelapa tua yang menjadi sumber utama santan untuk kegunaan masakan tradisi Aidilfitri. Menurutnya, kualiti buah kelapa…










