Bekalan Aidilfitri cukup, elak buat pembelian panik-KPKM - Utusan Malaysia

Bekalan Aidilfitri cukup, elak buat pembelian panik-KPKM

MOHAMAD Sabu (kiri) semasa meninjau jualan daging segar bazar Ramadan anjuran FAMA di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan memberi jaminan bekalan makanan asas negara menjelang Aidilfitri mencukupi sekali gus mampu menampung permintaan orang ramai.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, setakat ini bekalan barangan asas termasuk beras, bawang merah dan keperluan dapur lain berada dalam keadaan stabil serta mampu menampung permintaan rakyat.

“Alhamdulillah, untuk Aidilfitri semuanya berada dalam keadaan stabil.

“Jadi orang ramai boleh membeli seperti biasa, tidak perlu membuat pembelian panik,” katanya kepada pemberita selepas sidang media merasmikan Program Sentuhan Agro Madani di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di sini hari ini.

Mohamad memberitahu, tinjauan di pasaran juga mendapati harga barangan makanan masih berada pada paras normal walaupun terdapat sedikit perbezaan antara negeri.

“Saya tengok tadi harga yang dijual di Kota Bharu ini lebih rendah berbanding Kuala Lumpur, tetapi itu perkara biasa dalam pasaran.

“Bagaimanapun, saya akui bekalan santan ketika ini berdepan sedikit kekangan, namun usaha sedang dilakukan bagi menstabilkan bekalan bahan tersebut,” ujarnya.

Mengulas mengenai kesan musim kemarau terhadap bekalan makanan, Mohamad berkata, keadaan tersebut tidak menjejaskan bekalan setakat ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN