Azam enggan jawab isu siasatan melibatkan dirinya

Azam enggan jawab isu siasatan melibatkan dirinya

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: “Ini saya tak jawab ya. Saya tidak akan komen mengenai perkara ini.”  Itu tegas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki apabila diajukan soalan oleh wartawan mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya di Raja (RCI) terhadap dirinya.

Azam sebelum itu menjelaskan beliau tidak akan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“Saya sudah nyatakan sebelum ini, saya tidak akan menjawab apa-apa soalan berkaitan dengan isu melibatkan khas saya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Selain itu, Azam juga enggan menjawab pertanyaan wartawan mengenai isu dakwaan SPRM sebagai ‘mafia korporat’.

Ditanya pula mengenai saman dikemukakan beliau terhadap Bloomberg, Azam dengan nada sama turut enggan menjawab perkara berkenaan.

“Ini pun saya tak nak komen. Kalau tuan (wartawan) mahu tanya, tanya dengan peguam saya,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Kabinet telah menubuhkan jawatankuasa siasatan khas bagi menyiasat dakwaan pemilikan saham oleh Azam termasuk dakwaan kononnya berlaku penyalahgunaan institusi SPRM bagi tujuan manfaat koporat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN