Arab Saudi sertai PBAKL 2026

Arab Saudi sertai PBAKL 2026

FADHLINA Sidek (tengah) ketika sesi bergambar pada Majlis Pra Pelancaran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dan Majlis Berbuka Puasa di ibu negara hari ini. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Edisi ke-10 Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 bakal menampilkan skala penganjuran yang lebih progresif termasuk dengan penyertaan dari negara Arab Saudi.

Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dalam kenyataan berkata, Arab Saudi menjadi Negara Fokus untuk memperkenalkan kecemerlangan literasi dan penerbitan mereka.

Manakala Pahang pula dipilih sebagai Negara Tamu dan bakal menonjolkan kekayaan warisan dan sumbangan literasi negeri melalui pameran khas yang eksklusif.

Selain itu, sebanyak 1,210 reruai akan memeriahkan PBAKL 2026 yang dijadual berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 29 Mei sehingga 7 Jun depan.

“Perkembangan itu sekali gus menjadikan ruang pameran lebih luas untuk penggiat industri tempatan dan antarabangsa mempamerkan karya terbaharu masing-masing.

“Dalam masa sama, ia diyakini dapat merangsang pertumbuhan ekonomi sektor perbukuan negara,” kata kenyataan itu dalam majlis Prapelancaran PBAKL 2026 di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

PBAKL 2026 yang bertemakan Malaysia Membaca : Merayakan Buku itu turut diserikan dengan Pavilion Kementerian Pendidikan, Kementerian Perpaduan Negara dan Baitul Hikmah Madani oleh Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN