Anwar umum langkah strategik depani krisis tenaga global

Anwar umum langkah strategik depani krisis tenaga global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengumumkan langkah-langkah strategik negara dalam memperkukuh kesiapsiagaan mendepani krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat pada pukul 6.30 petang ini.

Perdana Menter berkata, kerajaan akan mengambil pendekatan yang tegas, terancang dan berpaksikan kepentingan rakyat serta ketahanan negara.

“Insya-Allah, saya akan menggariskan langkah-langkah strategik negara dalam memperkukuh kesiapsiagaan mendepani krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat.

“Ini dengan pendekatan yang tegas, terancang dan berpaksikan kepentingan rakyat serta ketahanan negara. Nantikan jam 6.30 petang ini,” katanya dalam laman sosial rasmi beliau hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN