Anwar diperintah bayar kos RM50,000 kepada Yusoff Rawther - Utusan Malaysia

Anwar diperintah bayar kos RM50,000 kepada Yusoff Rawther

MUHAM­MED YUSOFF RAWTHER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membayar kos RM50,000 kepada Muhammed Yusoff Rawther selepas Perdana Menteri menarik balik rayuannya berkait kes saman sivil yang difailkan bekas pembantunya itu.

Panel dua hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Hakim Datuk Wong Kian Kheong yang bersidang bersama Hakim Datuk Azmi Ariffin dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Latifah Mohd. Tahar turut memerintahkan agar pembayaran itu dibuat sebelum 6 April ini.

Anwar menarik balik rayuannya berhubung permohonan untuk merujuk lapan persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan, antaranya sama ada Perdana Menteri mempunyai imuniti daripada tindakan saman.

Rujukan persoalan undang-undang itu adalah berhubung saman sivil yang difailkan oleh Muhammed Yusoff selaku responden berhubung insiden gangguan seksual yang berlaku sebelum Anwar menjadi Perdana Menteri pada 2018.

Semasa prosiding, peguam Sanjay Mohan dan Kooy Wei Nee mewakili perayu manakala Muhammad Rafique Rashid Ali, Muhammad Amirul Ar Rasyid Azman dan Nur Mustanir Md Nor mewakili responden. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN