PUTRAJAYA: Datuk Anis Rizana Mohd. Zainudin merupakan antara enam pegawai kerajaan yang bertukar penempatan susulan pelantikan baharu bagi jawatan Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam yang berkuat kuasa Isnin ini. Beliau yang sebelum ini Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, perubahan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh kepimpinan pentadbiran awam selaras dengan…










