PETALING JAYA: Ramai anak perantau dari Sabah dan Sarawak memilih untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di Kuala Lumpur ekoran tambang penerbangan yang masih tinggi. Seorang jurukamera sambilan, Mohd. Erwannizam Osmand, 25, berkata, walaupun kerajaan menetapkan harga maksimum tambang penerbangan sehala RM499, namun jumlah itu masih tidak mampu ditanggung sesetengah golongan. Menurutnya, perkara itu disebabkan terdapat kos lain yang perlu diambil kira seperti pengangkutan darat, kereta sewa dan perbelanjaan tambahan selepas…







