SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun hari ini memohon maaf sekiranya kenderaan rasmi yang dinaikinya melanggar lampu merah sehingga menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan orang ramai. Beliau mengakui perbuatan itu berlaku tetapi bukan secara sewenang-wenangnya sebaliknya ia dilakukan jika ada tugasan rasmi yang memerlukan beliau mengejar masa. Katanya, beliau mempunyai banyak program rasmi setiap hari di tempat yang berlainan dan adalah amat penting untuk beliau hadir…










