Aina Abdul bersuara, tepis komen negatif babitkan lagu Ya Habibi Ya Aidilfitri - Utusan Malaysia

Aina Abdul bersuara, tepis komen negatif babitkan lagu Ya Habibi Ya Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Gagal ke macam ini?.”

Demikian respon penyanyi, Aina Abdul, 32, terhadap komen seorang netizen yang menganggap Ya Habibi Ya Aidilfitri sebagai lagu yang ‘gagal’.

Aina menerusi kenyataan dalam Instastory, menyangkal pandangan berkenaan selain menerangkan yang lagu tersebut sebenarnya mendapat sambutan memberangsangkan dalam kalangan pendengar.

“Hampir 500,000 tontonan dalam Youtube (dalam satu minggu), 100,000 strim dalam Spotify dan masih berterusan. Gagal ke macam ini?” tulisnya.

Terdahulu, seorang pengguna akaun media sosial kazenotsubaki mengundang perhatian kerana maklum balas negatif membabitkan lagu berkenaan.

“Masalahnya lagu ini gagal,” tulisnya.

Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani dalam kenyataan yang sama menegaskan dia perlu bersuara kerana menganggap komen netizen berkenaan sebagai berat sebelah.

“Saya selalunya tidak balas komen yang berbaur kebencian. Tapi kali ini saya kena bersuara kerana merasakan ia tidak adil.

“Saya harap dan doakan anda berada di tempat paling bahagia sekarang, siapa pun anda yang menulis komen ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN