KUALA LUMPUR: Agensi agama dan wakil rakyat digesa untuk melipatgandakan sinergi bagi menangani isu kos sara hidup rakyat melalui terjemahan nilai ‘Ihsan’ dalam bentuk tindakan yang nyata. Isteri Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, usaha menyantuni golongan yang terhimpit dengan tekanan ekonomi tidak seharusnya sekadar menjadi angka dalam laporan, sebaliknya perlu dirasai terus oleh masyarakat di peringkat akar umbi.…










