Ada individu jadi ejen provokasi, Ramanan bawa isu ke Kabinet

Ada individu jadi ejen provokasi, Ramanan bawa isu ke Kabinet

R. RAMANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Terdapat segelintir individu didakwa bertindak sebagai ejen provokasi dengan sengaja mencetuskan provokasi bersifat perkauman kepada negara.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R. Ramanan berkata, beberapa individu tersebut dipercayai dibayar bagi mencetuskan kekacauan serta menggugat keharmonian masyarakat di negara ini.

“Beberapa individu ini diupah, dibayar duit. Dia adalah ejen provokasi. Siapa yang bayar mereka yang kita kena tentukan sekarang,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Katanya, tindakan segelintir individu ini bukan sahaja provokatif, malah berpotensi menggugat keharmonian dan masa depan lebih 33 juta rakyat Malaysia.

Mengulas lanjut, Ramanan berkata, sebarang isu atau pertikaian sepatutnya diselesaikan melalui saluran yang betul dan bukannya dengan mengambil tindakan sendiri.

Katanya, rakyat mempunyai saluran undang-undang seperti membuat laporan polis atau membawa kes ke mahkamah sekiranya tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara.

“Ada isu, ikut saluran yang betul. Kita ada polis, kita ada mahkamah. Buat laporan polis, jika tidak puas hati bawa ke mahkamah. Jangan tunjuk samseng di negara kita dan jangan ambil undang-undang di tangan sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, isu perkauman itu akan dibawa ke Kabinet bagi membincangkan tindakan sewajarnya yang boleh diambil terhadap pihak terlibat.

Sehubungan itu, beliau menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang tanpa mengira latar belakang kaum. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN