MARAN: Pengurusan Air Pahang Berhad menggerakkan sebanyak 40 lori tangki air, lapan lori jumbo dan menyediakan kira-kira 250 tangki statik di lokasi strategik sebagai langkah mitigasi bagi membantu pengguna terjejas susulan gangguan bekalan air di enam rancangan Felda Jengka dan 15 kampung di Temerloh. Lebih 3,500 akaun pengguna di kedua-dua daerah itu akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula hari ini susulan kerja-kerja membaik pulih dan penyelenggaraan sistem bekalan air…











