PETALING JAYA: Seramai 3,000 penerima daripada golongan asnaf dan kurang berkemampuan diraikan menerusi Program Sinar Syawal Madani Parlimen Indera Mahkota dan Kuantan 2026 yang diadakan di Jakel Kuantan di sini. Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi berkata, program tersebut dilaksanakan bagi membantu meringankan beban golongan memerlukan dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri. Menurut beliau, setiap penerima menerima sumbangan baucar kupon pakaian Hari Raya bernilai RM200 yang disalurkan bagi…










