ARAU: Sebanyak 1,400 bekas bubur lambuk tulang ‘gear box’ yang sentiasa dinanti setiap kali Ramadan diedar kepada murid-murid dan warga Sekolah Tengku Budriah (STB) di sini semalam.

1,400 bubur lambuk tradisi ‘gear box’ STB diedarkan

GURU-guru bergoyong-royong menyediakan bubur lambuk tulang ‘gear box’ bagi diagihkan kepada lebih 1,400 murid dan warga sekolah di Sekolah Tengku Budriah (STB) Arau, Perlis semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Sebanyak 1,400 bekas bubur lambuk tulang ‘gear box’ yang sentiasa dinanti setiap kali Ramadan diedar kepada murid-murid dan warga Sekolah Tengku Budriah (STB) di sini semalam.

Seawal pukul 8 pagi, guru-guru STB dan jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bergotong-royong menyediakan bubur lambuk berkenaan dan proses pengagihan kepada murid dan warga sekolah itu selesai sekitar pukul 12.00 tengah hari.

Gotong-royong memasak bubur lambuk yang memasuki tahun ke-10 penganjurannya itu diketuai cikgu Hasnah Hasan.

Guru Besar STB, Nor Zaiton Ibrahim berkata, sebanyak empat kawah disediakan membabitkan 48 kilogram beras sumbangan kilang beras Dibuk bagi menyediakan bubur lambuk berkenaan.

“Aktiviti menyediakan bubur lambuk ini mengambil masa kira-kira dua jam dengan kerjasama guru-guru dan PIBG.

“Program berkenaan juga bagi menyemarakkan bulan Ramadan penuh keberkatan selain mengeratkan hubungan silatulrahim.

“Kita membuat persiapan awal dengan dengan guru-guru bergilir-gilir memasak bubur lambuk tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Katanya, bubur lambuk berkenaan adalah resipi turun temurun dengan istimewa adalah ditambah tulang ‘gear box’.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN