KUALA LUMPUR: Sebanyak 13,920 kes tunggakan nafkah membabitkan bekas isteri berjaya diselesaikan bagi tempoh 2020 hingga 2025 melalui pelbagai inisiatif penguatkuasaan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli berkata, pencapaian itu mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam menangani isu kegagalan membayar nafkah yang dianggap sebagai pengabaian tanggungjawab dan menjejaskan kebajikan wanita serta anak-anak. Katanya, penyelesaian berkenaan dikendalikan oleh Bahagian Sokongan Keluarga (BSK)…









