1,210 reruai pameran dibuka sempena PBAKL 2026

1,210 reruai pameran dibuka sempena PBAKL 2026

FADhLINA SIDEK (tengah) melakukan gimik prapelancaran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 di ibu negara, Turut kelihatan Ketua Pegawa Eksekutif Perbadanan Kota Buku, Adibah Omar (dua kiri) dan Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) Mohd. Khair Ngadiron (kanan)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang dijadualkan berlangsung 29 Mei hingga 7 Jun ini sudah mendapat tempahan daripada 1,210 reruai pampamer.

Bertemakan “Malaysia Membaca: Merayakan Buku” dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan menerusi Majlis Buku Kebangsaan Malaysia mengekalkan Pusat Dagangan

Dunia Kuala Lumpur sebagai lokasi penganjuran dan mula dibuka bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Pengumuman penganjurannya dibuat dalam majlis prapelancaran PBAKL di ibu negara di oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Dalam majlis tersebut, Fadhlina berkata, PBAKL dianjurkan bertujuan menyatukan penerbit, penulis, pengedar, pencetak, serta wakil institusi pendidikan bagi memantapkan lagi ekosistem buku negara selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.

“Ini merupakan manifestasi komitmen KPM dalam memperkukuh kerjasama strategik antara kementerian dan pemegang taruh industri perbukuan tempatan, “ ujarnya .

Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan memberitahu bahawa tiga pentas aktiviti utama, iaitu Pentas Utama, Dewan Merdeka, dan Dewan Tun Razak 3 akan menjadi saksi kepada pelbagai persembahan seni serta dialog intelektual dan aktiviti pembacaan buku yang inklusif untuk semua lapisan pengunjung.

“Kementerian Pendidikan melalui MBKM (Majlis Buku Kebangsaan Malaysia) optimis bahawa PBAKL 2026 akan terus menjadi medan strategik bagi memacu pembangunan industri perbukuan serta memperkukuhkan budaya membaca sebagai gaya hidup rakyat Malaysia,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN