Wanita maut, dua cedera kemalangan tiga kenderaan dekat Bukit Beruntung

Wanita maut, dua cedera kemalangan tiga kenderaan dekat Bukit Beruntung

KEADAAN kemalangan meragut satu nyawa di Kilometer 443.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), berhampiran Bukit Beruntung menghala ke Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seorang wanita maut manakala dua lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 443.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), berhampiran Bukit Beruntung menghala ke Kuala Lumpur, dekat sini hari ini.

Panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada pukul 7.33 pagi sebelum jentera pertama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor tiba di lokasi kira-kira lapan minit kemudian.

Penolong Pengarah Operasinya, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kemalangan melibatkan sebuah treler membawa muatan kapur, sebuah kereta jenis Honda City dan sebuah BMW.

“Seorang lelaki berusia lingkungan 40-an yang memandu treler mengalami cedera parah di bahagian kepala manakala pemandu Honda City iaitu lelaki berusia 50-an cedera ringan.

“Seorang penumpang wanita berusia lingkungan 50-an yang berada dalam Honda City disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemandu BMW iaitu lelaki berusia sekitar 30-an pula dilaporkan selamat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN