KUALA LUMPUR: UMNO perlu keluar daripada kebiasaan dan zon selesa serta berani mencipta kelainan bagi memastikan parti itu terus relevan untuk tempoh 20 tahun akan datang. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tahun ini merupakan tempoh yang amat mencabar dan UMNO tidak boleh terus dipersepsikan sebagai parti lama yang lesu serta kehilangan arah. Menurutnya, pada usia hampir 80 tahun, sesebuah organisasi termasuk parti politik tidak terlepas daripada…










