PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyambut baik gesaan sekutunya iaitu Pas untuk melaksanakan gencatan senjata, namun menyenaraikan soalan yang perlu dijawab oleh Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman. Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, gesaan supaya pemimpin kedua-dua parti untuk tidak lagi bertelagah serta berbalas kenyataan di media adalah penting demi perjuangan Islam dan ummah. Bagaimanapun, Tun Faisal menyenaraikan soalan dan permintaan untuk dijawab Syahir, yang…










