Tolong hormat kehidupan peribadi saya - Jazmy Juma - Utusan Malaysia

Tolong hormat kehidupan peribadi saya – Jazmy Juma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Jazmy Juma meminta sesetengah pihak bersikap profesional dengan menghormati hak privasinya selain berhenti melemparkan kata-kata melampau ke atasnya di media sosial.

Tegas Jazmy, dia lebih selesa sekiranya kerjaya seni serta hal peribadinya tidak dicampuradukkan atau dicerobohi.

“Saya tak okey. Saya nak mintak segelintir orang tolong hormat saya. Tolong hormat kehidupan peribadi saya.

“Kerja saya dengan kehidupan peribadi adalah dua perkara yang berbeza. Jadi, tolong hormat. Tolong jaga kata-kata anda semua,” katanya dalam perkongsian video di TikTok.

Bagaimanapun, pelakon drama Hilsng Dalam Rindu itu tidak mendedahkan secara terperinci kata-kata keterlaluan yang dimaksudkannya serta identiti pihak yang mencetuskan gangguan ke atas dirinya.

Dalam hantaran sama, Jazmy turut berharap agar setiap pihak dapat memberikan sokongan terhadap kerjaya seninya secara ikhlas dan jujur.

“Saya tak pernah bercakap macam ini. Saya selalu gembira saja. Tapi kali ini saya terpaksa bersuara. Saya harap sokong saya secara ikhlas. Terima kasih yang sokong saya secara ikhlas dan jujur,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN