RAMADAN tidak lama lagi merupakan bulan paling mulia dan sentiasa dinanti-nantikan oleh umat Islam kerana padanya tersimpan peluang besar untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Mudir Maahad Tahfiz al-Quran Masjid Lama Lubuk Emas Lambor Kanan, Perak Tengah, Mohammad Ibrahim Zahairi, 40, berkata, umat Islam perlu mempertingkatkan kualiti ibadah di sepanjang Ramadan terutama puasa dengan mempelajari ilmu berkaitan puasa agar ibadah benar-benar membuahkan hasil berupa ketakwaan. Menurutnya, tujuan utama…










