Tidak berpuasa kerana gastrik teruk

Tidak berpuasa kerana gastrik teruk

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tidak berpuasa kerana gastrik teruk

SOALAN
Apa hukumnya tidak berpuasa bagi orang yang menghidap gastrik yang teruk? Adakah dia juga diwajib berpuasa atau dibenarkan untuk tidak berpuasa?

Alimin
Sentul, Kuala Lumpur

JAWAPAN
Bagi mereka yang menghidap gastik, mereka boleh berbuka puasa apabila boleh berlaku kemudaratan kepada kesihatannya. Bagaimanapun, wajib mengganti puasanya itu pada waktu lain, bulan bukan Ramadan.

Hukum tabur bunga dan siram air di kubur

SOALAN
Apakah status amalan menziarahi kubur dengan menabur bunga dan dan menyiram air dalam Islam? Adakah amalan tersebut dibolehkan sebab saya perhatikan ramai yang melakukannya.

Fikri Sham
Jerantut, Pahang

JAWAPAN
Hukum menyiram air di atas kuburan, tidak ada apa-apa larangan. Ada pun meletakkan bunga boleh membawa kepada pembaziran duit melainkan dengan niat untuk mewangikan kubur, Insya-Allah tidak mengapa.

Menegur orang yang sombong

SOALAN
Bagaimana menyedarkan atau menegur individu yang suka ‘cakap lepas’ dan bersikap sombong? Adakah orang macam ini diterima amalannya?

Kamil
Kajang

JAWAPAN
Orang sebegini perlu berkawan dengan orang yang berakhlak baik agar dia boleh terpesona dengan sikap-sikap terpuji itu. Ada pun, amalannya sama ada diterima hanya Allah menentukan.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada
[email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN