KUALA PILAH: Tiada sebarang pergaduhan didengar atau dilihat penduduk Kampung Segineh, Inas di sini, sebelum insiden seorang wanita warga emas cedera di leher dipercayai ditikam anak perempuannya, kelmarin. Jiran mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Su berkata, sebelum waktu berbuka puasa, dia hanya terdengar suara jiran lelaki yang menjerit meminta pintu rumah dibuka. “Ketika itu saya tidak mengesyaki apa-apa, cuma dengar suara orang menjerit suruh buka pintu. “Apabila hendak ke…










