KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat dakwaan isu pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) buat masa ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini kerana proses perundangan serta siasatan oleh pihak berkuasa masih dijalankan. “Bagaimanapun, sekiranya pada masa hadapan wujud keperluan munasabah untuk penubuhan RCI, perkara tersebut adalah tertakluk kepada bidang kuasa Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Perdana…










