TFC ikat Selangor di Gong Badak

TFC ikat Selangor di Gong Badak

PEMAIN Terengganu FC (TFC) Azam Azmi (kiri) mengasak pemain Selangor FC dalam saingan Liga Super  di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) dan Selangor berkongsi mata selepas terikat 1-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, di sini malam ini.

Jaringan Ketua Pasukan TFC, Careca pada babak pertama dipadam menerusi sentuhan Faisal Halim sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan sekadar berpuas hati dengan keputusan seri dalam perlawanan ke-16 Liga Super itu.

Keputusan itu meletakkan Selangor FC yang dibimbing  Kim Pan-gon berada di tangga kedua liga dengan mengumpul 32 mata manakala TFC yang mengutip 25 mata kekal di kedudukan kelima.

Dalam aksi itu, TFC yang lebih banyak mencipta peluang jaringan pada babak pertama permainan berhasil memecah kebuntuan apabila ledakan kari kiri Careca pada minit ke-42 menerjah ke dalam gawang skuad kendalian Pan-gon.

Ia adalah jaringan ke-11 pemain import TFC itu untuk musim ini sekali gus menjadi pemisah antara kedua-dua pasukan sebelum melangkah ke bilik persalinan pada babak pertama permainan.

Namun kelebihan jaringan itu tidak bertahan lama apabila Faisal menyumbat jaringan penyamaan pada minit ke-57 menerusi gerakan di sebelah kiri padang.

Perlawanan itu turut menyaksikan pemain import baharu Selangor FC, Hugo Boumous yang dimasukkan pada awal babak kedua aksi dilayangkan kad merah pada minit ke-73 kerana melakukan terjahan keras kepada Gervane Kastaneer. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN