KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) dan Selangor berkongsi mata selepas terikat 1-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, di sini malam ini. Jaringan Ketua Pasukan TFC, Careca pada babak pertama dipadam menerusi sentuhan Faisal Halim sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan sekadar berpuas hati dengan keputusan seri dalam perlawanan ke-16 Liga Super itu. Keputusan itu meletakkan Selangor FC yang dibimbing Kim Pan-gon berada di tangga…










