SUNGAI PETANI: Struktur sebahagian bangunan di Tapak Arkeologi Sungai Batu, Jalan Semeling Merbok, di sini rosak akibat dilanggar sebuah kereta yang terbabas dalam kemalangan awal pagi kelmarin. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi Ahad lalu, bumbung hadapan bangunan yang menempatkan tapak peleburan besi itu runtuh dan mengakibatkan struktur batu-bata lama yang dipelihara rosak selepas dilanggar kereta jenis Mercedes A45 dipandu pelajar sebuah universiti, di sini. Menurut pengawal keselamatan di tapak…









