Taktik jual EV dalam talian tumpas, JKDM serbu tiga premis

Taktik jual EV dalam talian tumpas, JKDM serbu tiga premis

Zulkifli (empat dari kanan) bersama EV roda tiga yang dirampas JKDM di tiga premis di Kuala Lumpur akhir bulan lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Berselindung di sebalik urus niaga dalam talian dan penghantaran pula dibuat secara pintu ke pintu kepada pembeli.

Itu taktik digunakan segelintir penjual kenderaan elektrik (EV) khususnya motosikal dan roda tiga elektrik bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Pengarah Kastam KLIA, Zulkifli Muhammad berkata, taktik itu tidak kekal lama apabila pihaknya berjaya menyerbu tiga premis di Sentul dan Petaling Jaya di Kuala Lumpur pada 28 Januari lalu.

Beliau berkata, serbuan berjaya merampas 21 unit EV termasuk motosikal tiga roda elektrik dan ‘e-bike’ dianggarkan bernilai RM122,101 dengan duti dan cukai yang cuba dielakkan bernilai RM83,028.68.

“Siasatan juga mendapati, peniaga berkenaan menjual produk EV itu tanpa permit yang sah,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang 10 kali gandar amaun duti kastam atau RM50,000, amauan mana yang lebih besar.

Zulkifli berkata, EV adalah tertakluk di bawah Jadual ke-2, Bahagian 2, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

Basikal elektrik (e-bike) atau kenderaan elektrik (EV) yang diimport masuk ke Malaysia perlu mendapatkan Approved Permit (AP) daripada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN