Tahun Satu: KPM, pengusaha tadika swasta cari penyelesaian

Tahun Satu: KPM, pengusaha tadika swasta cari penyelesaian

FADHLINA Sidek beramah mesra bersama anak-anak prasekolah pada Majlis Penyerahan 'Smartboard' Prasekolah serta pelepasan satu kontena susu UHT 125ml percuma untuk murid prasekolah di seluruh Pulau Pinang oleh Farm Fresh Berhad di SK Bandar Tasek Mutiara, Pulau Pinang hari ini.-UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Sesi libat urus di antara Kementerian Pendidikan (KPM) bersama-sama dengan pengusaha tadika swasta telah diadakan bagi membincangkan strategi pelaksanaan kemasukan kanak-kanak berumur enam tahun ke Tahun Satu mulai tahun depan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, dalam sesi berkenaan, kesemua pengusaha yang terlibat juga telah memberikan maklum balas mereka berhubung perkara itu.

“Alhamdulillah, semua mereka (pengusaha tadika swasta) mendukung keputusan yang dibuat ini (kemasukan kanak-kanak enam tahun ke Tahun Satu). Cuma, ada beberapa perkara yang sedang kita bincangkan untuk terus membantu mereka pula kerana mereka telah pun mendukung agenda kita.

“Jadi, saya ingat penting untuk kementerian melihat isu-isu yang dibangkitkan oleh mereka serta (mendengar) kebimbangan-kebimbangan mereka untuk kita sama-sama cari jalan (penyelesaian) yang terbaik,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan ‘Smartboard’ Prasekolah serta pelepasan satu kontena susu UHT 125ml percuma untuk murid prasekolah di seluruh Pulau Pinang oleh Farm Fresh Berhad di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tasek Mutiara di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Fadhlina memberitahu, kesemua murid Tahun Satu sama ada yang berusia enam atau tujuh tahun akan menggunakan kurikulum baharu yang sama mulai tahun depan.

“Kita sudah pakai kurikulum baharu pun sekarang ini. Maknanya, yang prasekolah (sekarang) pun sudah pakai kurikulum baharu. Tahun depan pula, 2027, semua pakai kurikulum baharu.

“Baik mereka yang enam tahun masuk darjah satu atau pun memang darjah satu (tujuh tahun) aliran yang biasa. Semua mereka akan menggunakan kurikulum baharu tahun hadapan,” ujar beliau.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN