PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat semua isu penyelewengan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) membabitkan seorang ahli Parlimen. Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, laporan asal telah dibuat pada 16 Februari 2017 di pejabat SPRM Selangor berkaitan pelaksanaan program YAWAS yang didakwa berlangsung selama kira-kira 10 tahun. “Susulan laporan itu, SPRM telah mengadakan serbuan di sebuah pejabat di Seputeh selain menjalankan penggeledahan,…










