Sophia Albarakbah seronok jumpa peminat di bazar ramadan - Utusan Malaysia

Sophia Albarakbah seronok jumpa peminat di bazar ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Sophia Albarakbah, 32, gembira bertemu peminatnya yang baru-baru ini berkunjung ke gerai air kelapa pandannya di Bazar Ramadan Stadium Merdeka.

Kata Sophia, selain berniaga, peluang itu digunakan untuk mengenali peminat dengan lebih dekat.

“Ramai yang datang walaupun hujan. Jumlah pengunjung meningkat selepas solat Tarawih.

“Ada yang datang untuk mengambil gambar bersama saya, kemudian memberi sokongan dengan membeli air kelapa pandan yang saya jual.

“Sempat juga saya berborak dengan pelanggan tentang drama Bisik Asmara. Seronok dengar pandangan mereka,” katanya di majlis tayangan dan sidang media filem Amira Amir.

Sophia dalam masa yang sama meluahkan rasa terharu terhadap sokongan peminat yang berkunjung ke gerainya di bazar ramadan berkenaan.

“Lebih 100 biji kelapa terjual pada hari pertama, kemudian meningkat hampir 200 biji pada hari kedua.

“Tentang jualan, kami tidaklah meletakkan sasaran.

“Tapi bagi saya berbaloi berniaga di bazar Ramadan meskipun saya tidak menjangkakan ramai yang datang walaupun hujan,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN