KUALA LUMPUR: Belum ada kata putus dicapai untuk membolehkan eksport ikan siakap Malaysia ke Thailand kembali lancar, ekoran penemuan pelanggaran residu dadah veterinar pada ikan itu oleh pihak berkuasa Thailand sebelum ini. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, bermula 1 Mac 2024, Thailand mengetatkan syarat pengimportan ikan siakap sejuk beku Malaysia, sebelum memperkenalkan keperluan lebih ketat pada 1 April 2025 melibatkan Sijil Analisis Makmal (COA), pensampelan…









