Setiausaha NGO ditahan reman, seleweng dana NGO RM4.2 juta

Setiausaha NGO ditahan reman, seleweng dana NGO RM4.2 juta

Seorang setiausaha NGO ditahan reman SPRM kerana disyaki menyalah guna kuasa dengan menyeleweng dana milik NGO di tempatnya bekerja berjumlah kira-kira RM4.2 juta.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang setiausaha pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalah guna kuasa dengan menyeleweng dana milik NGO di tempatnya bekerja berjumlah kira-kira RM4.2 juta.

Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan permohonan reman terhadap suspek selama tiga hari sehingga 7 Februari 2026 selepas permohonan dibuat SPRM di hadapan Majistret Ezrene Zakariah pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 40-an itu telah ditahan kira-kira pukul 6 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.

“Siasatan awal mendapati suspek yang juga merupakan pemilik sebuah syarikat makanan disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2022 hingga 2024.

“Suspek dipercayai telah melulus dan memindahkan dana NGO berjumlah kira-kira RM4.2 juta ke dalam akaun dua buah syarikat lain bagi tujuan pelaburan di mana individu-individu di dalam pengurusan persatuan dipercayai mempunyai kepentingan di dalam syarikat-syarikat tersebut,” katanya.

Kata sumber, siasatan kini menjurus kepada elemen penyelewengan dana awam, memandangkan NGO tersebut merupakan sebuah pertubuhan yang menerima sumbangan orang ramai bagi tujuan misi kemanusiaan di Gaza.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML), Datuk Norhaizam Muhammad ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN