Sekali lafaz, Pablo Amirul sah jadi suami Dr. Hana Rose - Utusan Malaysia

Sekali lafaz, Pablo Amirul sah jadi suami Dr. Hana Rose

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Pablo Amirul selamat bergelar suami kepada pakar estetik, Dr Hana Rose, pada Isnin.

Pablo atau Amirul Hisyam Mohd. Sakri, 41, disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz dalam majlis akad nikah yang berlangsung di The Dove Hall, Jalan Tun Razak, di sini, pada pukul 12.30 tengah hari.

Akad nikah pasangan itu disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Dr Hasrul Sani, dengan jurunikah Ustaz Syed Abdullah, serta disaksikan oleh abang pengantin perempuan, Datuk Dr Awang Faisal.

Pada majlis tersebut, pelakon Air Force The Movie itu menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai RM800, seperangkap alat solat dan sebentuk cincin berlian. Pengantin perempuan turut menerima wang hantaran yang dirahsiakan jumlahnya.

Majlis pernikahan itu turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan selebriti antaranya Rozita Che Wan, Zain Saidin, Ellie Suriaty dan Chacha Maembong.

Terdahulu, Pablo pernah berkongsi kesediaannya untuk melangkah ke alam perkahwinan dan memaklumkan keputusan tersebut dibuat dalam tempoh singkat kerana merasakan sudah sampai seru.

Sebelum ini, aktor berkenaan juga terbuka berkongsi bahawa hatinya telah dimiliki Dr Hana Rose dan hubungan mereka yang terjalin sejak April tahun lalu mendapat restu daripada kedua-dua belah keluarga. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN