Saya akan kahwin? Dari mana dapat info itu? – Mawar Rashid - Utusan Malaysia

Saya akan kahwin? Dari mana dapat info itu? – Mawar Rashid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon Mawar Rashid menafikan dakwaan kononnya bakal melangsungkan perkahwinan dengan seorang jejaka dari Brunei dalam masa terdekat.

Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 31, berkata dia terkejut apabila mengetahui khabar angin berkenaan dirinya yang tersebar di media sosial, malah menegaskan tidak pernah mengetahui mengenai perkara tersebut.

“Comelnya orang yang sebarkan cerita ini. Ya Allah, dari mana dapat info itu? Saya sendiri pun tak pernah tahu.

“Kalau saya sendiri tak tahu, macam mana saya nak jawab?” katanya.

Pelakon itu ditemui pada majlis Pre Buffet Nikmat Iftar Ramadan di Restoran Tiffin 55, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, pelakon drama Tundukkan Playboy Itu itu berpendapat kemungkinan berlaku salah faham berikutan ibunya, Marineei Abdullah, yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan lelaki berasal dari Brunei pada tahun lalu.

“Mungkin orang salah faham sebab mama Mawar baru kahwin dengan orang Brunei.

“Jadi mungkin orang ingat Mawar pula. Hakikatnya bukan Mawar,” jelasnya.

Ditanya mengenai status hatinya, Mawar mengakui masih solo dan kini lebih selesa memberikan sepenuh perhatian kepada tiga orang anaknya yang sedang membesar.

Menurutnya, keutamaan ketika ini adalah keluarga dan belum terdetik di hati untuk kembali mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

“Sekarang Mawar memang fokus kepada anak-anak. Itu keutamaan Mawar.

“Anak sulung sudah masuk darjah satu, jadi setiap hari saya bangun awal pagi untuk uruskan sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Memang sibuk dengan rutin harian.

“Pada awalnya memang gementar, tetapi alhamdulillah, selepas hampir sebulan semuanya berjalan lancar,” katanya.

Untuk rekod, Mawar pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Raden Muhammad Rafael pada November 2017 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Rafael Raden Ahmad, Raisa Raden Ahmad dan Rian Raden Ahmad.

Bagaimanapun, pasangan itu sah bercerai pada November 2023. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN