Rani kulup ditidurkan di zon merah

Rani kulup ditidurkan di zon merah

Abdul Rani
ABDUL RANI KULUP ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aktivis masyarakat, Abdul Rani Kulup Abdullah ditidurkan di zon merah di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM) dekat sini, semalam.

Perkara itu dimaklumkan oleh sahabatnya, Mejar (B) Razali Zakaria menerusi satu hantaran di Facebook.

Dalam kenyataan ringkas, Razali turut mengajak orang ramai mendoakan Abdul Rani atau lebih dikenali Rani Kulup diberikan kesembuhan.

“Angkatlah kesakitannya, permudahkanlah segala urusan rawatannya dan kembalikanlah kekuatannya seperti sediakala. Amin,” katanya.

Perkara itu turut disahkan oleh pentadbir Facebook Ayahanda Abdul Rani Kulup.

“Ayah sekarang di zon merah dan ditidurkan. Mohon doakan,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN