Polis siasat dakwaan pelakon mangsa liwat - Utusan Malaysia

Polis siasat dakwaan pelakon mangsa liwat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus mengesahkan telah menerima laporan pelakon lelaki yang mendakwa dirinya sebagai mangsa perlakuan seks luar tabii.

Fadil dalam kenyataan memaklumkan pengadu yang juga pelakon berusia pertengahan 30-an, memfailkan laporan sekitar pukul 6.11 petang semalam.

“Pengadu adalah lelaki tempatan berumur 35 tahun. Polis kini masih menjalankan siasatan,” kongsinya.

Terdahulu, pelakon Alqal Sahar menerusi lama Threads mendedahkan pernah menjadi mangsa amang seksual ketika kanak-kanak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN