KAJANG: Polis Selangor menggerakkan 3,100 anggota bagi operasi menyeluruh pencegahan jenayah sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, kehadiran anggota polis di kawasan perumahan akan dipertingkatkan bagi memastikan keselamatan harta benda penduduk sentiasa terpelihara. “Antara kes jenayah yang berlaku pada musim perayaan ialah pecah rumah. Kita akan tingkatkan rondaan dalam membendung sebarang kes jenayah. “Polis menyeru orang ramai menyalurkan maklumat sekiranya mengesyaki sebarang kecurigaan…










