KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju mempertimbangkan pelepasan perolehan dana Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memastikan perbelanjaan operasi pasukan keselamatan negara itu tidak terjejas. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri dalam satu pertemuan bersama kepimpinan tertinggi Kementerian Pertahanan dan ATM di Wisma Perwira. Menurut beliau, Perdana Menteri memahami keperluan kesiapsiagaan operasi ATM dan menegaskan bahawa sebarang pembekuan perolehan hendaklah dilaksanakan…










