PG Jewel buka cawangan ke-10 di Melaka

PG Jewel buka cawangan ke-10 di Melaka

Majlis perasmian pembukaan cawangan baharu PG Jewel Melaka disempurnakan oleh Pengarah PG Jewel, Jessie Ng (tengah) bersama Ketua Pegawai Operasi Aurora Italia Group, Harrison Chiang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: PG Jewel, jenama barang kemas tempatan yang beroperasi di bawah Aurora Italia International Berhad (AIIB), baru-baru ini secara rasmi membuka cawangan fizikal ke-10 di Melaka, sekali gus memperluaskan rangkaian perniagaannya di seluruh negara.

Majlis perasmian pembukaan cawangan berkenaan disempurnakan oleh Pengarah PG Jewel, Jessie Ng bersama Ketua Pegawai Operasi Aurora Italia Group, Harrison Chiang.

                            Harrison Chiang, Azizah Hassan dan Jessie Ng.

Terletak di antara bandar warisan paling popular di Malaysia, cawangan PG Jewel di Melaka diposisikan secara strategik bagi memenuhi keperluan pelanggan tempatan serta pelancong domestik dan antarabangsa yang mencari cenderamata bermakna daripada destinasi pelancongan mereka.

Sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, kekayaan sejarah, pengaruh budaya pelbagai kaum serta sektor pelancongan yang rancak menjadikan Melaka lokasi ideal untuk pengembangan rangkaian runcit PG Jewel.

Pembukaan cawangan di Melaka itu menandakan cawangan ke-10 PG Jewel yang dibuka dalam tempoh kurang setahun, sekali gus mencerminkan momentum pertumbuhan pesat jenama berkenaan serta peningkatan permintaan pelanggan di seluruh negara.

Tetamu Jemputan Khas, Syukor Hashim (kedua dari kiri) dan Pn. Jonaina Nordin (ketiga dari kiri) bersama tetamu lain.

Sejak ditubuhkan pada 2017 sebagai jenama barang kemas dalam talian, PG Jewel mempercepatkan peluasan perniagaannya bermula Jun 2025 dengan membuka satu cawangan fizikal baharu setiap bulan, selaras dengan sasaran jangka panjang untuk menubuhkan 200 cawangan fizikal di seluruh negara.

Dengan keluasan kira-kira 1,400 kaki persegi, cawangan Melaka menawarkan pelbagai koleksi barang kemas emas dan perak yang menampilkan ketukangan halus, perincian teliti serta rekaan malar segar.

Cawangan PG Jewel Melaka cawangan Fizikal PG Jewel ke-10 di      Malaysia.

Koleksi tersebut direka untuk memenuhi cita rasa mereka yang menggemari barang kemas elegan, ringan, mudah dibawa, bermakna untuk dijadikan hadiah serta sesuai dipakai dalam kehidupan seharian.

Selain koleksi utama barang kemas, cawangan ini turut menawarkan barangan koleksi emas 999 (24K) yang mencerminkan penekanan PG Jewel terhadap elemen warisan, seni dan nilai jangka panjang.

Pengunjung berpeluang meneroka emas premium Au 999.9 keluaran Aurora Italia dalam denominasi 0.25 gram, 0.5 gram dan 1 gram, dengan rekaan eksklusif yang diinspirasikan daripada ikon-ikon Malaysia, menjadikannya pilihan ideal sebagai cenderamata pelancongan atau hadiah kenang-kenangan.

Rangkaian koleksi tersebut turut merangkumi tema koleksi berlesen daripada Marvel©, Disney©, Warner Bros©, DC© dan Sanrio© yang sesuai untuk pengumpul serta seisi keluarga.

Selain itu, selaras dengan peningkatan permintaan terhadap produk perak sejak kebelakangan ini, PG Jewel Melaka turut menawarkan jongkong perak Ag 999.9 dalam denominasi 250 gram, 500 gram dan satu kilogram, tertakluk kepada stok yang masih ada.

Cincin Emas PG Jewel’s

Jessie Ng berkata, pihaknya melihat barang kemas bukan sekadar perhiasan, sebaliknya sebagai medium untuk memelihara kenangan dan cerita bermakna.

“Pembukaan cawangan di Melaka, sebuah bandar Tapak Warisan Dunia UNESCO yang menerima jutaan pengunjung setiap tahun, amat bermakna bagi kami dalam usaha mendekatkan koleksi PG Jewel kepada rakyat Malaysia serta pelawat asing,” katanya.

Menurutnya, pembukaan itu juga menandakan satu pencapaian penting buat PG Jewel apabila berjaya membuka 10 cawangan dalam tempoh kurang setahun hasil sokongan padu daripada komuniti tempatan.

“Koleksi kami direka bukan sahaja cantik dan mudah dimiliki, malah mempunyai nilai pelaburan, sesuai untuk pengguna tempatan serta pelawat yang ingin membawa pulang cenderamata bernilai jangka panjang,” katanya.

Bagi meraikan pembukaan cawangan baharu itu, pengunjung dan pelanggan berpeluang membeli jongkong emas edisi terhad 999.9Au seberat satu gram bertemakan Hello Kitty in Kuala Lumpur and Penang yang dihadkan kepada 100 unit sahaja di seluruh dunia.

 

Gelang Emas PG Jewel’s

Selain itu, pertandingan cabutan bertuah turut diadakan menerusi platform media sosial sebelum pelancaran, dengan 10 pemenang bertuah membawa pulang hadiah istimewa serta baucar e-Jewellery masing-masing.

Pada hari pelancaran, setiap pembelian bernilai RM100 dan ke atas melayakkan pelanggan mencabut satu beg angpau misteri.

Sebagai tambahan, pelanggan turut berpeluang mendapatkan Ag999.9 Love Charm istimewa di PG Jewel Melaka pada harga RM350 seunit, terhad kepada 50 pelanggan terawal dengan had satu unit bagi setiap pelanggan.

                       Love Charm

Selepas pelancaran ini, PG Jewel akan meneruskan peluasan perniagaannya dengan pembukaan cawangan seterusnya di Baling, Kedah menjelang akhir Februari 2026.

Langkah itu sekali gus mengukuhkan misi syarikat untuk menjadikan barang kemas halus serta produk pelaburan emas lebih mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat di seluruh negara.

PG Jewel kekal komited terhadap ketelusan dan pemerkasaan pelanggan dengan menyediakan kemas kini harga emas harian secara masa nyata menerusi laman web rasminya di www.pgjewel.my. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN