Perginya anak yang soleh - suami Amyza Aznan - Utusan Malaysia

Perginya anak yang soleh – suami Amyza Aznan

Screenshot
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Perginya anak saya di bulan Ramadan. Itu yang menguatkan semangat saya.”

Demikian perkongsian suami pelakon Amyza Aznan, Khairil Idzhar mengenai anak sulungnya, Andre Mikhail yang meninggal dunia semalam.

Khairil menyifatkan Andre sebagai anak yang baik dan dia lega kerana anaknya pergi dalam tenang disamping keluarga.

“Alhamdulillah semua dipermudahkan, perginya anak yang soleh ini bagi saya terlalu mudah kerana saya ada di sebelahnya ketika dia pergi.

“Arwah anak yang terlalu baik, satu tahun dia melawan penyakit kanser. Nampak dia tetap gembira walaupun dia sakit

“Kami menemani dia walaupun saya juga tidak berapa sihat. Kami lega kerana membantu dia menangani penyakitnya,” katanya yang ditemui di Unit Forensik HKL, semalam.

Allahyarham Andre, yang satu tahun melawan kanser paru-paru, menghembuskan nafas terakhir di HKL kira-kira pukul 10.30 malam semalam.

Jenazah Allahyarham kini ditempatkan di Masjid Al- Khairiah AU3 sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana tengah hari nanti.

Khairil dalam masa sama memaklumkan dia, isteri serta anaknya, Adrian Adam sentiasa bersama arwah sepanjang dia berjuang melawan penyakitnya.

“Kami menemani dia walaupun saya juga tidak berapa sihat. Kami lega kerana membantu dia menangani penyakitnya,” kongsinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN