PETALING JAYA: Rakyat Malaysia diseru untuk menghormati semua agama, menjaga keharmonian masyarakat dan terus memperkukuhkan perpaduan negara ini. Presiden Parti Kemajuan Malaysia (MAP), P. Waytha Moorthy berkata, pihaknya memandang serius insiden melibatkan seorang remaja memijak al-Quran. Kata beliau, perbuatan sedemikian adalah salah, tidak beradab, tidak bermoral dan memerlukan tindakan tegas. Katanya, tindakan menghina kitab suci mana-mana agama bukan sahaja melukakan hati penganutnya, malah bertentangan dengan nilai kemanusiaan sejagat yang menekankan…










