PETALING JAYA: Kemajuan negara hanya dapat direalisasikan melalui pentadbiran awam yang berintegriti, profesional serta berteraskan amanah. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha tersebut perlu disokong semangat berpasukan yang kukuh serta sinergi erat antara kepimpinan politik dan seluruh jentera Perkhidmatan Awam bagi memastikan dasar kerajaan dilaksanakan dengan berkesan. “Segala dasar dan keputusan yang dirangka mesti diterjemahkan kepada impak nyata kepada rakyat supaya kebajikan dan kesejahteraan mereka dilihat dan dirasai…










