KUALA LUMPUR: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas lima pertuduhan memberi suapan berjumlah RM32,000 kepada seorang penjawat awam bagi membantu urusan permohonan sijil kelahiran menggunakan dokumen sokongan palsu, tiga tahun lalu. Tertuduh, Yap Foo Siong, 58, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa bersubahat bersama seorang lelaki dengan memberi wang suapan kepada seorang pembantu pendaftaran Jabatan Pendaftaran Negara…










